CERMIN DIRI SENDIRI

Assalmualaikum.....

  Kadang-kadang manusia nie dia ada satu tabiat yang sangat buruk iaitu “TAK SEDAR DIRI” . Apa maksud aku ? Maksud aku manusia nie pantang tengok salah orang lain mula lah nak judge orang tu nak kutuk nak mengata dan sebagainya . Apa salahnya kita sebagai manusia jadikan kesalahan orang lain itu sebagai pengajara buat kita ? Salahkan ? Tiada langsung kesalahan dia, malah kita juga mungkin takkan ulangi kesalahan yang dia telah lakukan itu . Tak aku tak salahkan sesiapa . Aku juga begitu . Aku bercakap secara umum . Terpulanglah atas diri sendiri, tapi kita manusia selalu sangat begitu .
                             
  Contohnya senang aku bagi . Jiran kita nie selalu sangat mengumpat anak orang . Sedangkan anak sendiri tak terjaga . Katanya anak orang lain semua buruk . Anak dia sahaja yang perfect ! tapi dia tak tahu dibelakang dia anak dialah yang paling setan dalam ramai2 . Oneday jiran kita dapat tau yang anak dia tu kena tangkap polis sebab mencuri katanya . Apa salahnya kita sebagai sesame manusia pergi tolong apa yang termampu . Bagi dia semangat bukan jatuhkan dia . Memang sebelum nie dia pernah burukkan kita, ya sakit rasanya tapi lagi bagus kalau kitadapat tolong dia, yang lepas biarkan berlalu . Jadikan pengajaran buat kita supaya kita tidak jadi seperti dia . Kita sememangnya bukan malaikat . Kita manusia ! Aku tahu . Aku juga ada perasaan marah, sedih, kecewa tapi lupakan segalanya . Serahkan segalanya kepada Allah . Dia maha mengetahui , dia tahu apa yangterbaik untuk kita .


  Akhirkata, Aku manusia kau pun manusia . Aku punya hati kau pun punya hati . Semoga kita sama-sama kuat dalam hadapi segala dugaan yag telah Allah berkan . Allah tak pernah berat sebelah dia tahu kita boleh hadapi dugaan itu, maka dia berikan kita sedikit dugaan agar kita sedar akan kekuasaanya . Semoga kita menjadi manusia yang lebih baik dan semoga Allah sentiasa disamping kita . Aminnnn

No comments:

Post a Comment