Surat Buat Allah

Assalamualaikum

    Terima Kasih Allah sentiasa ada disisi ku, sentiasa ingatkan ku setiap saat . Tapi aku sebagai hambanya selalu lupa padanmu Ya Allah . Malunya aku pada Ya Allah .

   Kadang-kadang Allah beri ujian tandanya Allah rindu dengan kita . Dia ingin kita kembali sujud padanya memohon pertolongan melalui solat . Itulah satu-satunya cara kita berkomunikasi dengan Allah, itu juga tiang agama kita . Sentiasa sabar dengan ujian yang diberi kerana pada akhirnya kau akan bersyukur di atas nikmat yang Allah beri . Jangan pernah kita mengeluh . Bila mengeluh membuatkan kita semakin lemah

   Alhamdulillah Allah sentiasa ada disaat aku dalam kesusahan . Dia hadirkan seseorang buat aku untuk menolong aku dalam menghadapi ujian di dunia ini . Terima Kasih Allah