Hargai

Assalamualaikum

   Sememangnya manusia tidak tahu hargai benda yang ada di depan mata . Bila dah menjauh baru terasa mahu hargai . Sayangnya semuanya dah terlambat . Sekali dia berpaling dia takkan kembali lagi pada kau . Mungkin bagi kau ramai lagi yang boleh bahagiakan kau berbanding dia, tapi kau hanya melihat dari segi itu . Kau tak pernah lihat bagaimana dia menerima setiap kekurangan kau, sentiasa ada disisi kau bila kau jatuh dia pimpin tanganmu untuk berdiri kembali . Kau tak pernah nampak semua tuh . 

 Dia sudah merasa kau makin menjauh tapi dia tak pernah berhenti mengejar kau . Sayangnya kau masih abaikan dia, dia tak pernah putus asa mengejar kau . Walaupun setiap malam dia tangisi apa yang kau dah buat padanya, dia jadi benci diri sendiri kerana dianggap seperti orang bodoh tapi percayalah bila dihadapanmu dia kembali ceria sedangkan hatinya merintih menangis minta ditinggalkan . 

Maaf andai suatu hari nanti aku akan pergi dari hidupmu...........



No comments:

Post a Comment